Thursday, November 13, 2008
Nikmat syukur
Benar bukan? Jauh lagi perjalanan hidup ini.
Kasih pada ALLAH (tuhan yang mencipta) kasih pada keluarga, teman dan juga komuniti.
Siapa kita sebenarnya?
Hidup menumpang tetapi tidak pernah kenal erti syukur pada semua nikmat yang ada.
Betapa indahnya ciptaan tuhan,keindahan yang penuh seribu makna dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Well, life is about choices. We have to choose the right way. We plan it and god helps us to complete our mission. Well, nothing seems to be fine without helping from him.
Hidup memang saling memerlukan.
Berpijak la pada bumi yang nyata. Bersyukur atas nikmat-Nya.
‘Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Aku juga sama seperti remaja di luar sana, mudah lupa serta alpa dengan kemewahan yang ada di dunia. Akan ku praktikkan nikmat syukur dalam diri serta redha dengan seadanya.insyaallah
Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni’matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatiah keras’.
(Ibrahim: 7)
Semalam, aku berbual bersama teman-temanku, risau melihat apa yang berlaku.
Manusia mula dikaburi dengan kekayaan dan nikmat di dunia.
Budaya sopan dan tatatertib sudah mula hilang pada diri masing-masing.
Aku bukanla golongan mereka yang sempurna dan bersih dari dosa, tapi aku masih sedar di mana aku berpijak dan aku yakin buat masa ini aku masih mampu mengawal diri dan menjaga tatatertib dan sedar bahawa aku masih menumpang di bumi ALLAH.
Kata temanku, “ tidakkah mereka malu berkelakuan sedemikian?” aku Cuma mampu tersenyum dan berkata “ mungkin mereka belum sedar dimana mereka berpijak dan komplikasinya, biarkan mereka terus berkhayal dan pasti tiba masanya utk mereka sedar” temanku hanya tersenyum.
Memang benar hendak ditegur , masih merasa diri belum cukup sempurna.
“ jangan jaga tepi kain org”. biarkan mereka..tapi sampai bila? Huhuhu
(abaikan lah mas…doakan saja)
I look, I feel and i stay with my own fantasy.
2 years 4 month in Nilai UC. Not bad hah.
6 months more to go. (gambatee mas!!)
Most of my friend will graduate this year. Lain course bah… (gonna miss all of them)

Nothing else I can do here, so I decided to write a blog.
Bukan apa, sekadar omongan kosong.
To express what I look and how I feel.
Dulu I just write in friendster blog and now I feel like want to write and put some pictures.
Hehehe :P
How about my journal? Haha…still go on ok?.
Yang ini lebih formal and masih perlu journal utk simpan semua secret hidup matiku, kekasih gelapku, kasih sayangku, my heartbeat dan semuanya.
Jangan risau tidak akan ku coretkan siapa yang aku benci.
Kerana aku tidak suka akan perasaan itu. Sekadar cukup dibibir tapi bukan utk dihati dan terus dikenang.
Bila ada masa aku tunjukkan rupa journal ku…hehe..
10 years ago, I was in primary school and now after 20 years am in college.
Everything changes including my ambitions.
When I was a little girl I used to say:
I want to travel and become a journalist and now I end-up with taking nursing. But I know there’s still a hope for me to travel and become a journalist. Tulis apa yang aku mahu. Teruskan dengan dunia fantasi.
Pilih apa genre sekalipun. Biar biasakan jari-jemari ini menekan papan kekunci untuk terus membina ayat-ayat buat bacaan semua.
Feel it then u can express it. Haha.. benar bukan?
Sama seperti apabila menikmati aiskrim.
Rasakan dulu nikmatnya baru la comment.
So, now… dengan ada “coffee or tea”.. aku bebas utk menulis dan terus berfantasi.
BerFantasi pada bumi yang nyata dan cuba lari dari hiruk- pikuk kota raya.
Menyatakan apa yang tersirat dan berkongsi apa yang tersurat.