Wednesday, December 8, 2010

Terima Kasih Tuhanku I

Alhamdulillah,
Terima Kasih Allah.
ada lagi hayat di hari ini,
Kasih dan sujudku hanya padamu
hijriah sekali lagi
aku pula?
perlu berubah
ke arah lebih bagus dan dewasa

siapa aku tanpa tuhanku
kerana tuhanku yang maha Esa
aku masih mampu berdiri
kekuatan ku darimu
kesetiaanku padamu
tunjukkan aku jalan yang benar.

Sesungguhnya
aku mohon sepenuh hati
uji yang aku mampu
kerana aku sedar mana lemahku.
tapi aku mungkin alpa
mana kekuatanku
aku perlu Engkau membantu

Maha Esa,
bantulah Hambamu ini
Perlu kekuatan
Perlu Kesedaran
Kasih mu,
Berkat mu,
adalah makanan diriku...

Terima kasih atas hidup ini
Hari ini, dan untuk esok.
Terima Kasih Tuhanku!

No comments: